Sunday, January 29, 2012

Selamat Datang!

Alhamdulillah..26 Februari 2012, saya telah berjaya di naikkan pangkat sebagai makcik the vogue. Abang saya telah berjaya mendapat anak perempuan yang comel. Ye la, kakak ipar la yang beranak, tak kan abang kot?! Ish tak sabar nak gi tengok baby new born yang sorang ni. Dah lama kot tak main dengan baby kecik ni. Dah alang-alang ingat nak gi kiiL, boleh terus jenguk kak ipar dan baby sekali. Hai..menghitung hari je la. Hari nak pergi Langkawi pun dah kurang fikir sebabkan hal ni. Langkawi+kiiL+Langkawi+kiiL dua-dua duk main dalam kepala otak ni. Apapun just waiting for me!

Apapun, kehadiran baby ni sebenarnya, tak banyak pun, sikit, mengingatkan kami kepada arwah ayah. Kalau ikut kalendar Cina, ayah meninggalkan kami pada raya cina ke-2 tahun 2011. Tahun ni pulak, baby lahir pada raya cina ke-4 tahun 2012. Ye la, memang la kami ni ada darah berketurunan cina sebelah ayah, tapi takkan la kuat sangat sampai macam ni sekali?! Dah jauh kot..! Kami kehilangan seseorang pada tahun lepas, dan tahun ni kami di gantikan dengan kehadiran baru. Syukur...

Best semalam dapat buat video call dengan abang. Dapat tengok si baby and mak nya. Aii tak sabar nak kacau baby tidur! Bajet nak gi kiiL lambat sikit..nampak gaya kena tukar tarikh ke depan la gamaknya. Lagi memang ada hal kat sana, sambil menyelam minum air gitu la. Hurrmmm....sifat manusia..biasa la..TAK SABAR!hahahaaha!

Hurmm...Cik Ngah?? Cik Ida? Cik Zee? haaha tiba-tiba la plak! Kak Da sudah! Eh2 Cik Ngah! hmmm Cik Ngah la kot...

~ Come closer for those who's loving me, stay back off for those who's hurting me ~

Sunday, January 22, 2012

Bila saya bersuara..

Sesuai dengan title blog ni.."SiLENT rEaDer"..macam tu jugak la dengan owner blog ni. Kalau di ikutkan memang saya lebih banyak berdiam dari menyuarakan atas banyak sebab. Antaranya takut terguris hati, takut ayat tak kena tempat, tak suka menonjol, dan lagi lain sebab yang tak dapat di nyatakan dengan jelas di sini.

Okay ke sebenarnya sifat macam ni? Itu antara persoalan dalam diri saya sendiri. Jenis saya diam kat luar, tp bising kat dalam. Maknanya bising dengan persoalan bertubi-tubi ke atas diri sendiri lepas tu bertubi-tubi balik jawab persoalan sendiri. Lepas tu mula la buat andaian sendiri samada andaian buruk atau baik atau kedua-duanya.

Ada sebab saya jadi spesis macam ni pun. Keadaan persekitaran, orang sekeliling yang mengajar saya untuk menjadi "lebih baik diam dari bersuara". Jadi, itu la saya sekarang. Tapi jangan ingat diam tanpa berfikir..saya berfikir, mendengar, mengolah sendiri hipotesis yang nyata mahupun tersirat..tapi untuk menyuarakan..maaf, terlalu lama masa untuk saya perlukan samada perlu atau tidak..


~ Don't make a habit of pointing out other people's flaws. You're not perfect either. Look in the mirror before you look out the window ~

Sunday, January 8, 2012

Most Wanted in 2012!!!!




Perrggghhh~~ most desired gadget for this 2012!!! Haiiii bila la bleh dapat satu ni. Cantik kan?
~Di dalam jaga ku termimpi-mimpi~
~Di dalam lena ku tercari-cari~


"Let your dreams be bigger than your fears and your actions louder than your words"
hehehehehe~~~


 
~ You know you really care about someone, when you have to convince yourself that you don't ~


Sunday, January 1, 2012

Welcome 2012!!!

Selamat Datang Tahun 2012! Semoga sepanjang tahun 2012, lebih banyak hal2 gembira daripada kesedihan. Tahun 2011 tahun yang banyak mengajar saya erti hidup, erti cinta, erti kehilangan, erti kenal diri. Semoga tahun ini saya lebih matang dalam melakukan apa jua keputusan.

*Saya suka lagu ni! 1st dengar masa cerita GINCU kt tv9 hari jumaat(30dis2011) tak silap*


Syahrini ~ Tatapan Cinta

segala keindahan turun ke bumi
disaat ku menatap matamu
menatapmu seakan menembus hati
sepertinya kau lihat hatiku

ku merasakan dirimu kumiliki
namun kenyataannya tak mungkin
mengapa harus kau orang yang terindah
yang tak bisa aku gantikan

cinta..
mengapa kau siksa aku
saat hidupku baik baik saja
ku hanya inginkan satu cinta
hindarkanlah aku

cinta..
matanya begitu indah
tak ada tatapan seperti dirinya
aku lemah bila didekatnya

hindarkanlah aku

seandainya ku pun bisa menghindari
ku tak bisa melupakanmu
sekali lagi bila kau menatapku
kau tahu apa yang kan terjadi
hindarkan aku …

oo…
cinta..
mengapa kau siksa aku
saat hidupku baik-baik saja
ku hanya inginkan satu cinta
hindarkanlah aku

cinta..
matanya begitu indah
tak ada tatapan seperti dirinya
aku lemah bila didekatnya
hindarkanlah aku

hindarkan aku …

cinta..

ouw…


~ The purpose of life is love. Life without any love is worthless ~