Tuesday, November 29, 2011

Life

Everyone have THREE LIVES: a PUBLIC life, a PRIVATE life, and a SECRET life

Monday, November 28, 2011

Muzik Instrumental

Iaitu muzik tanpa vokal, bunyian muzik semata-mata tanpa suara. Seriously, saya sangat suka dengan lagu-lagu tanpa suara macam ni. Walaupun saya bukan lah seorang komposer *chheetttt!!* , tapi instumental muzik ni macam bagi satu kekuatan, rasa sayu je kalau muzik yang berentak perlahan, boleh buat minda kita di awang-awangan, buat otak kita relax jap. Salah satu alat muzik yang paling saya suka dengar ialah bunyi piano atau keyboard, tapi masalah tak berpeluang nak main kan nya. haisshhh masalah tu.huhu!

Tanpa saya sendiri sedar sebenarnya, telinga saya cepat je akan tangkap muzik latar untuk mana-mana cerita atau rancangan. Nak-nak kalau muzik tu untuk yang sedih-sedih je. Perghhhh tangkap seyh!

Errkk...apa kena mengena Cinta Elysa ngn entri ni??

Yang sebenarnya nak bagitahu keterujaan saya ni! Tadi duk cari-cari apa lagu la yang di pakai untuk background music cerita Cinta Elysa tu. *Saya suka cerita tu hokeyh!* Ada la dua tiga lagu yang di pakai tapi satu lagu tu memang buat jiwa luluh r. Tah sape la buat lagu tu. Ada jumpa cakap pakai lagu drama korea tajuk "Sorry I Love You" tapi check2 memang betul ada lagu tu yang di guna as background music tapi bukan lagu tu yang kita cari. Sambung la cari lagi. Cari...cari...cari...dan akhirnya...JUMPA pun!!!


Starlight Tears (Instrumental)


So Sad (Instrumental)

Ia dari drama korea jugak tajuk "Boys Over Flower". Dah tengok pun citer tu =P
Tak tau la kenapa ia buat dua tajuk yang berbeza tapi muzik ia sama je. Tapi yang Starlight Tears tu ada lagu yang sama vokal punya (Starlight Tears sang by Kim Yoo Kyung). Yang So Sad tu tak jumpa la pulak muzik dengan vokal ia. Kot ia memang muzik instrumental untuk cerita ni la kot ek.
Apapun lagu tu memang best!



~ Don't wait for the perfect moment, use the moment now and make it perfect ~

Sunday, November 20, 2011

Percaya pada Perpisahan

Okay..setiap pertemuan akan pasti wujudnya perpisahan. Perpisahan samada kita rela atau tidak tetap akan terjadi. Jadi bersedialah menerima akan hakikat tersebut. Sebab itu, untuk setiap pertemuan baru, saya akan cuba untuk control berlagak cool, means suatu hari nanti jika ada perpisahan yang tidak kita relakan, sedikit sebanyak ia memudahkan kita merelakan perpisahan itu.

Dalam kamus hidup saya, hanya ada dua jenis perpisahan. Perpisahan hidup dan perpisahan mati. Perpisahan HIDUP boleh terjadi samada kita di tinggalkan atau kita meninggalkan sewaktu kita dan dia masih wujud di dunia ini. Satu perpisahan tidak rela. Perpisahan seperti ini la yang betul-betul menyakitkan. Berasa diri ini betul-betul tidak diperlukan. Dibuang. Dicampak. Ditinggalkan. Sangat..menyakitkan. Untuk perpisahan yang nak tak nak kita kena terima dengan redha...perpisahan dunia dan akhirat..itu lah perpisahan MATI. Kalau saya di beri pilihan, rasanya...

Untuk entry kali ni..saya padan kan lagu ni dengan entry ni. okay tak? Cam sesuai je..


Nah sekali lirik:


Benarkah pencarian mimpi ini
Hanyalah dongengan cinta dalam pertaruhan
Haruskah pertemuan jiwa ini
Berakhir bersama air mata
(pre-korus)
Kesepian menemani jiwa di saat ku terluka
Bisakah aku mengenal cinta
(korus)
Aku percaya pada takdir cinta kita
Yang telah terukir di dasar jiwaku
Yang merindu dirimu
Namun ku bertanya padanya
Haruskah ku percaya pada luka
Sebagai tanda kesetiaan cinta
Kasih kita
Sempurnakah lukisan cinta ini
Tanpa corak warna kasih lakaran suciku
Apakah coretan rintihan malam
Hanyalah mainan cintamu
(ulang pre-korus)
(ulang korus)
*kat karaoke dah ada belum lagu ni ar? nak nyanyi r...*

~ It's hard and painful to let go but it's for the best. Maturely thinking ~

Saturday, November 19, 2011

Sometimes...

...it's not the song that makes you emotional, it's the people and things that comes to your mind when you hear it.



Sunday, November 13, 2011

"Live" depan mata!

Anda berani? kalau berani jom cuba!

1. Tenung hidung pada gambar di bawah selama lebih kurang 10 saat.
2. Lepas tu pandang kat atas atau dinding pun boleh.
3. JENG3X!!!!




APA YANG ANDA NAMPAK?!




~ I act like I don't care but inside it hurts ~