Apa yang anda fikirkan tentang jiwang? Mestilah tentang cinta ye tak? Saya sebagai
Silent Reader dan sebagai
sayasukabacablogorang memang banyak la jumpa blog pasal jiwang-jiwang I love u, u love me ni semua. Ini kalau dah title suami isteri tu takpe la jugak sebab memang dah di iktiraf tapi takkk!! baru je dapat title bf gf habis satu dunia nak hebohkan. ppfffttt...!! Sejujurnya saya memang tak galakkan diri saya terlibat dalam hal seperti ini. Haaippp tak ada maknanya saya nak dengki ke hape la! Bagi saya, benda ini hanyalah privasi bagi mereka sahaja, kalau dah di ikat tu baru lah molek di hebohkan sebab Islam sendiri memang menyuruh kita menghebahkan perkara kebaikan. Ada la saya terjumpa blog tentang cintan jiwang ni semua tapi last-last tak jadi.Haa!!macam mana dah?! Nak buang ke entri-entri lama tu semua? Sama la dengan status relationship dalam facebook tu, kalau org tu tak sah lagi bergelar suami ke isteri ke baik tak payah buat la. Nanti malu sendiri jugak. Dan saya bersyukur saya tak buat, kalau tak sampai sekarang saya malu siot! Err haa paham sendiri tak pe. Hehehehe....
Boleh kalau kita nak ceritakan tapi jangan ter over sangat la. Lagi kalau nak cerita lebih baik saya cadangkan si dia sebagai seorang yang misteri. Sekurang-kurangnya kalau kita
putus tak jadi dengan dia tak de la malu sangat melainkan anda tiada perasaan malu. Dan suka saya ingatkan jangan cerita lebih-lebih! Contoh cerita yang
tak lebih macam ni
"tadi lunch kita makan berdua dengan dia kat Kedai Mamak hujung Tanjung, kenyang sampai ke malam" atau
"semalam sakit perut makan coklat dia bagi, itu yang tak larat nak kerja hari ni" atau
"esok nak gi cari tudung mintak dia temankan sebab kita takut jalan sorang-sorang" dan macam-macam lagi la asal ayat kau tak gedik sebab boleh buat orang menyampah. Lepas dah gedik jiwang tu mula la mengadu gaduh la, cerai la...ppffftttt...! Oh...harap anda faham apa itu ayat gedik jiwang dan tak perlu lah saya berikan contoh di sini.
Sebenarnya dah lama benda ni nak saya suarakan tapi tak terkeluar-keluar sampai la
Hanis Zalikha (sayasangatsukabacablogdia) utarakan pasal ni dalam
entri terbaru dia. Kesemua 6 benda yang dia tuliskan memang saya setuju..sangat setuju! Jadi sebelum nak ceritakan pasal si dia baik berfikir sebelum bertindak. Jodoh Ajal dan Maut Tuhan tentukan. Kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan berangan.
* Ini bila bercinta tak hengat*
* Ini bila dah gaduh-gaduh ala-ala manja-manja*
~ i love the way you are ~
setujuuuuuuuuuu.ramaii yg gedik thp x hengat.bile putus..gigit jari je la
ReplyDeletegigit jari kaki.hahaha
ReplyDeletehanis zalikha mmg beauty with brain.. :)
ReplyDelete